Pages

Thursday, June 17, 2010

Introduction

Assalamualaikum.. hai semua

Semua orang inginkan percutian ditempat yang menarik... falsafah aku senang... bercuti dalam negeri dulu kemudian baru ke luar negara.. dalam negeri pun tak habis bagaimana kita hendak bercuti ke luar negara kan? Nanti orang luar tanya pasal dalam negeri kita Malaysia ni... tak ke malu-malu alang hendak menjawab. Bagi orang yang bekerja dalam bidang IT macam aku nih, masa adalah sangat terhad. Walaupun dah merata negeri seluruh semenanjung Malaysia ni aku dah jelajah... semua adalah berkaitan dengan kerja, bukan bercuti. Sedih kan?

Antara negeri yang memang aku nak lawati sangat adalah Terengganu... nak cari pulau la apalagi... where else yang aku tau sangat pasal Terengganu nih? Paling-paling pun pasal penyu.. pasal wau.. pasal keropok.. pasal batik.. yang lain... haram satu apa pun aku tak tahu...

Nak dijadikan cerita, satu hari company tempat aku bekerja telah menganjurkan lawatan ke negeri Terengganu... YES! Macam best je.. tengok jadual pun banyak acara "sampingan" daripada meeting.. hehe...

Apa yang aku dapati sepanjang lawatan ini adalah... lebih banyak benda di Terengganu yang aku tak tahu... kenapa? kita selalu dimanjakan (ye ke?) dengan nama-nama seperti Redang, losong dan wau bulan... tapi banyak lagi yang kita perlu tahu...

Ikutilah kisah catatan kembara aku dan rakan-rakan sepanjang lawatan ini... barang diingat ini adalah pandangan peribadi, komen dan coretan kisah aku dan rakan-rakan...


The Journey (8th April 2010)

Kami bertolak dari tempat kerja kami Ancasa Hotel & Spa, KL pada hari Khamis 8 April 2010. Oh ya.. lupa pulak nak bagitau... aku dan rakan-rakan semua dari Jabatan Kewangan.. orang putih kata Finance department.

Bagi sesiapa yang dari Kuala Lumpur dan ingin ke Terengganu, mereka boleh menggunakan jalan yang aku lalui (sila lihat peta)... tak susah pun.. highway Pantai Timur kan ada? Gunakan aje... toll pun rasanya tak mahal kot? nak lagi murah, buat macam aku... cari package. Senang, mudah, jimat... yang penting best.. ehhe

Mari kita tengok coretan aku pada permulaan perjalanan...





kami bertolak jam 5 petang... sampai lebih kurang jam 12.30am (malam)... jauh tu.. tapi apakehal.. drebar yang bawak.. ahaks... tido la apalagi...



Haa... dalam perjalanan ni.. kalau korang jalan malam, kita akan lalui satu tempat yang aku rasa macam lebih kurang "tempat pendaratan makhluk asing"... alah macam filem star wars tu... ada lampu-lampu.. ada api mancut-mancut.. inilah Kerteh...

Kerteh adalah satu bandar di dalam daerah Kemaman, lebih kurang 30km dari Chukai... ia merupakan tapak pengoperasian utama Petronas dalam menjalankan aktiviti petrokimia berdekatan Paka. Di sini juga ada sebuah lapangan terbang kecil yang boleh menerima pendaratan kapal terbang kecil/peribadi dan juga helikopter untuk kegunaan plantar minyak.. oh ya.. McDonal yang pertama dibuka di Terengganu ada di Kerteh..

gambar dibawah diambil dari dalam bas kat traffic light.. tak sempat turun... nanti kena tinggal bas.


Hala tuju kami pada malam itu adalah Kuala Terengganu Golf Resort, anak syarikat UDA Ancasa Sdn Bhd.. yang juga menguruskan Ancasa Hotel & Spa KL.

1st day @ KTGR (9 April 2010)

Haa... sampai ja di KTGR (Kuala Terengganu Golf Resort) kami terus diberikan tempat penginapan masing-masing. Kami ditempatkan di rumah tetamu berupa banglo 4 bilik yang serba lengkap... rasa macam orang kaya ooo time tu... ada aircond, flat panel tv 2 unit... pendek kata macam rumah sendirilah.. tapi ada sentuhan hotel.. peeeh.. mantap!

Ini dia gambar ruang tamu

korang boleh dapat info mengenai KTGR di http://www.ktgolfresort.com/

Paginya, macam biasalah.. dah dinamakan meeting.. tak perlulah aku tunjuk kat sini kan? boring pulak nanti tengok muka lebam hehehe... tengaharinya, lepas makan tengahari dan juga solat Jumaat, kami dibawa ke Pa
sar Payang... pada fikiran aku... "takde tempat lain ke korang nak bawak? takat pasar.. KL tu belambak... dah la hari Jumaat... Terengganu bukan cuti hari Jumaat ke?"

Sungguhpun begitu, aku terpaksa juga mengikut jadual... sampai saja di pasar payang... agak kecewa juga kerana tak banyak kedai yang buka, tapi yang menjadi aku agak jakun... macam-macam adaaaaa.... batik, bahulu, telur penyu, baju khatan eh.. kaftan, barang tembaga, macam-macam lagi lah... nasib baik la tengah kering... tak kalu.. satu bas pun tak cukup aku borong barang (errr aku ada beli barang ke?)

satu yang aku perasan... ada bangunan baru di sebelah Pasar Payang.. aku tak pasti bangunan apa sebab aku lupa nak bertanya pada orang-orang sekeliling...senibina agak menarik... ada ciri2 budaya Melayu.. syabas!


Inilah dia Pasar Payang...
Habis sahaja lawatan ke Pasar Payang, kami dibawa pula ke Taman Tamadun Islam... yang menarik di Taman Tamadun Islam adalah.. disini ada banyak masjid oooo.. replica maksud aku.. tapi disebabkan kesuntukan masa, aku tak sempat nak masuk dalam kawasan yang ada replica masjid-masjid tersebut... yang sempat aku lawat adalah... MASJID KRISTAL

sila lihat gambar dan info di bawah
huh.. kan banyak fakta menarik pasal Masjid Kristal ni? Agak kagum dengan senibina dan juga kejuruteraan yang dizahirkan depan mata... owh lagi satu.. tepi sungai.. ada disediakan perkhidmatan bot untuk cruise...

dah habis lawatan.. balik ke KTGR danZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzz.....

Day 2 @ Pulau Lang Tengah (10 April 2010)

hah... hari ke 2... pagi2 lagi kitorang dah bangun dan bersemangat nak pegi Pulau Lang Tengah... asalnya kami telah ditipu oleh ketua rombongan yg menyatakan bahawa di pulau lang tengah sangat kurang bekalan makanan.. dah kira macam orang otai je boleh survive kat pulau tu... sapa yang termakan pemalsuan tersebut? salah sorangnya aku le... tapi nasib baik la aku dapat info yg menyatakan pulau lang tengah tu lengkap segala serba serbi.. maka aku pun tak la jadi nak simpan stock beras.. eh.. stock makanan.. lalu membawa hanya satu bag pakaian dan camera aku... of course...

PAGI
ramai orang cakap negeri Terengganu terkenal dengan nasi dagang.. ko tahu mane Che Wan (salah sorang peserta dari KTGR) bawak kami pegi??? sekali breakfast nasi kerabu daaa... sedap siot.. yang pasti murah.. lagi best.. BOSS BELANJA.. ahaks...

Lepas je breakfast.. kami menuju ke Jeti Merang... tak la lama sangat dari KTGR pun... sikit agak dalam 45 minit je perjalanan...excited punya pasal.. tak sedar langsung... tapi perjalanan kami mengalami sedikit kesukaran dimana bot kami sangkut di beting pasir gara2 berat peserta melebihi muatan disebabkan makan nasi dagang secara berlebihan.. (yeke?)



aku bertanya kepada tuan tanah kedaung... eh.. tuan punya resort...
"kenapa di panggil Lang Tengah? bukan Lang tepi ke? bucu ke? persegi ke?"
dijawabnya beliau
"ko boleh tak jangan buat lawak?"

FAKTA: -
Pulau Lang Tengah merupakan sebuah pulau berlokasi antara Pulau Perhentian dan Redang. Jarak perjalanan dari Jeti Merang ke pulau ini mengambil masa lebih kurang 30 minit. Menurut penduduk tempatan, asal perkataan Lang bermaksud helang yang membuat sarang di tengah-tengah pulau tersebut. Lokasi paling menarik adalah tempat snorkeling.

Tambah best? sini cuma ada 4 resort... memang sangat private ok... oh sila jangan fikir hendak melakukan perkara lucah yea.. hehe


sampai je pulau tu.. "laaa macam2 kemudahan adaa... nasib baik la tak buat stock beras.. ahaks" oh ya... resort yang kami menginap bernama Lang Sari Resort.. disini bekalan elektrik disediakan dari 6petang hingga 9pagi keesokannya sebab mereka menggunakan generator berkuasa diesel... takde TNB disini... keterangan lanjut mengenai Lang Sari sila lawat http://langsari.com/v3/

aktiviti pertama adalah.. jeng jejeng.. snorkeling...
perkara pertama yang harus diberikan perhatian adalah "LATIHAN"... giler ko nak terjun laut terus tanpa training.. di Lang Sari Resort memang disediakan latihan sebelum terjun untuk snorkel.. snorkel yea.. bukan diving.. nanti ada pulak yang terjun tiruk nanti kang...



korang tengok sendiri la gambar2 di atas.. sangat mengujakan ok snorkeling... lepas itu ada pula aktiviti kayak dan juga baby shark feeding.. kayak di pantai Lang Sari pun boleh dikatakan pengalaman baru.. aku takde ambil gambar sebab asyik akuuuu ja ambil gambar.. AKU PUN NAK BERKAYAK JUGAK...disebabkan oksigen aku tak cukup.. aku tak sempat pergi untuk baby shark feeding (eleh cakap ajelah ko tu penakot)... hehe

MALAM

habis aktiviti siang... maka malam pun menjelma.. aktiviti utama.. BBQ.. kendian men"sumbang"kan suara.. hehe...


psst psst.. orang yang tengah baguih punya menyumbat makanan sambil terkejut melihat camera itulah tuan tanah kedaung pulau

"ape ko cakap??? tuan tanah kedaung?"
eh silap
"tuan khemah.. eh.. tuan punya resort"

Day 3 @ bye bye Lang Tengah

pulau pandan jauh ke tengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang jua...

hari ketiga... ya Allah malasnya nak bangun... almaklumlah karaoke sampai jam 3am.. lepas aku.. aku.. lepas aku.. aku.. sampai tak ada suara.. ahaks.. pagi tu breakfast macam biasa dan bersedia untuk balik ke KL...

ni ha group photo kitorang... aku yang pakai cap kat belakang tu..
(ada 2 orang je pakai cap.. lagi sorang kak fieza)

korang lihat sendiri keindahan Lang Sari Resort ni.. memang sangat privacy.. cantik, indah dan paling penting.. budget memang tak lari.. hehe




restoren
chalet executive

volley ball field
twin sharing rooms
lepas tu apalagi.. naik bot balik la.. kali ni tak ada lagi insiden sangkut beting pasir.. insiden orang bermuka hijau dan biru banyak sebab... errr sebab.. err sebab... BLUERKKK!!! muntah tak tahan mabuk laut..

aku?
steady...

Day 3 @ Jalan jalan sebelum balik

Dari Lang Tengah, kami sempat singgah ke dua destinasi yang amat menarik iaitu perusahaan membuat keropok dan jugak perusahaan membuat batik. Menariknya, Che Wan bawa kami ke kedai perusahaan keropok lekor.. bukan losong.. terus terang aku katakan bahawa keropok lekor Terengganu lagi sedap (sebab aku beli RM50 bawak balik ehhe)

PERUSAHAAN KEROPOK LEKOR
Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional penduduk pantai timur Semenanjung Malaysia. Ia diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu beserta sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali sebelum direbus dalam air panas


gentel kak.. gentel.. yeeeeha!!!


aku:
kak.. agak2 ada cicak tak dalam air tu?
akak:
boleh tak jangan celupar?

ayu:
apsal ko menangis winnie?
winnie:
tadi rizal cakap ada cicak...

Sesudah selesai membeli keropok untuk dibawa balik, kami ke destinasi seterusnya...

PERUSAHAAN BATIK - ARFAH BATIK
Perusahaan Batik Noor Arfah talah bermula sedari tahun 1980 lagi. Ia boleh dikatakan sebagai peneraju kepada perusahaan batik di Malaysia dimana sepasang suami isteri, Wan Mohd Ariffin dan Noor Hijerah telah memulakan perniagaan segara kecil-kecilan berteraskan batik canting (lukisan). Lama kelamaan ia menjadi suatu perusahaan bernilai jutaan ringgit yang terkenal kini. Suatu contoh kesungguhan anak muda ketika itu.

maaak aih.. ruang depan saja dah sama besaq dengan rumah aku...

gambar diambil sebelum diperambat oleh security... tidak dibenarkan mengambil gambar tapi dasar degil.. berjaya juga aku snap satu... ahaks

aku:
kak... gamba otromen ade tak?
akak:
ko boleh tak jangan kacau aku? tengah menggigil gastrik nih... dari tadi lukis asyik tak menjadi...

uuih... punyala susah nak buat benang zaman dulu.. syukur sekarang hanya berbekalkan RM5.. anda boleh membuat benang di kedai runcit.. (beli)

contoh kain tenunan

aku:
apeee ke susah sangat nak buat kain kak? mesin jahit kan ade?
akak:
ngaaaaaa????

aku:
makcik buat tikar mengkuang yea?
makcik:
taklah.. berus jamban...


wau bulan

orang-orang Terengganu juga amat teliti dalam menghasilkan cap untuk kegunaan membuat batik.

huh... terbang lagi duit aku.. tapi berbaloi!!!